1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

5 Hari 4 Malam
Harga dari

RM2799 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej percutian ke Labuan Bajo ini menawarkan pengalaman eksklusif gabungan city tour dan pengembaraan laut selama 5 hari 4 malam iaitu 2 malam hotel + 2 malam atas kapal, bermula dengan lawatan ke tempat ikonik seperti Puncak Waringin, Gua Batu Cermin dan bukit panorama yang memukau, sebelum meneruskan sailing trip bermalam di atas kapal menjelajah kepulauan indah sekitar Taman Nasional Komodo termasuk Pulau Kelor, Pulau Padar, Pink Beach serta peluang melihat Komodo dragon secara dekat, snorkeling di Manta Point dan menikmati keindahan Taka Makassar, diakhiri dengan santai di pulau tropika, makan malam seafood dan masa bebas sebelum pulang dengan kenangan yang luar biasa.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Labuan Bajo

Pakej eksklusif ke Labuan Bajo ini membawa anda meneroka keindahan timur Indonesia selama 5 hari 4 malam yang penuh dengan pengalaman unik darat dan laut. Hari pertama dimulakan dengan city tour ke lokasi ikonik seperti Puncak Waringin, Bukit Sylvia dan Gua Batu Cermin sebelum menikmati makan malam dan berehat di hotel. Pengembaraan sebenar bermula apabila anda menaiki kapal untuk sailing trip bermalam, menjelajah pulau-pulau cantik seperti Pulau Kelor, Manjarite dan Kalong sambil menikmati aktiviti santai atas kapal.

Sepanjang pelayaran, anda akan dibawa ke destinasi ikonik dalam Taman Nasional Komodo termasuk Bukit Padar untuk melihat sunrise yang menakjubkan, Pink Beach yang unik serta peluang melihat Komodo dragon secara dekat di habitat semula jadi. Aktiviti snorkeling di Manta Point dan keindahan pasir putih di Taka Makassar serta Pulau Sebayur pasti menjadi highlight percutian ini sebelum kembali ke hotel dan menikmati makan malam seafood di Kampung Ujung.

Jangan lepaskan peluang ini! Nikmati pengalaman rare bermalam di atas kapal, island hopping, snorkeling dan melihat Komodo secara live dalam satu pakej lengkap. Percutian ini sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman luar biasa, pemandangan Instagram-worthy dan memori yang pasti tidak akan dilupakan!

Tempat Menarik di Labuan Bajo

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Puncak Waringin

Spot ikonik untuk melihat panorama laut dan bandar dari atas bukit.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Bukit Sylvia

Bukit popular dengan view sunset dan pesisir pantai yang cantik.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Gua Batu Cermin

Gua unik dengan pantulan cahaya semula jadi pada dinding batu kapur.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pulau Kelor

Pulau kecil dengan pantai putih dan air jernih sesuai untuk santai.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pulau Manjarite

Lokasi snorkeling terbaik dengan coral dan ikan berwarna-warni.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pulau Kalong

Tempat melihat ribuan kelawar terbang ketika matahari terbenam.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Bukit Padar

Viewpoint terkenal dengan pemandangan pulau berlapis yang menakjubkan.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pink Beach

Pantai unik dengan pasir berwarna merah jambu.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pulau Komodo

Habitat semula jadi untuk melihat Komodo dragon secara dekat.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Manta Point

Spot snorkeling popular untuk melihat ikan pari manta.

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Taka Makassar

Pulau pasir berbentuk sabit yang muncul ketika air surut

PAKEJ TOUR LABUAN BAJO 5H4M (GROUND)

Pulau Sebayur

Pulau dengan air jernih dan terumbu karang yang cantik untuk snorkeling.

Pengenalan Jadual Perjalanan

HARI 1 - ARRIVAL LABUAN BAJO → CITY TOUR (D)

  • Tiba di Bandara Komodo, disambut team local
  • Mulakan city tour sekitar Labuan Bajo: Puncak Waringin (spot ikonik photo Labuan Bajo), Bukit Cinta & Sylvia Hill (view cantik pesisir pantai & bukit), Gua Batu Cermin (formasi batu kapur + pantulan cahaya semula jadi) & Exotic Komodo (shopping oleh-oleh / jajanan Flores, NTT)
  • Dinner di Maecenggo Restoran
  • Check in hotel (ikut pakej dipilih)
  • Rehat & free time

HARI 2 - FULL DAY SAILING TRIP → OVERNIGHT ON BOAT (B/L/D)

  • Sarapan di hotel
  • Pickup & transfer ke Pelabuhan Labuan Bajo
  • Naik kapal untuk program sailing 2H1M (overnight boat)
  • Lawatan destinasi: Pulau Kelor (pantai pasir putih + air jernih), Pulau Manjarite (antara spot snorkeling best) & Pulau Kalong (sunset + ribuan kelawar keluar)
  • Lunch buffet di atas kapal
  • Dinner di atas kapal
  • Aktiviti santai atas kapal: karaoke / memancing
  • Bermalam di atas kapal

HARI 3 - FULL DAY SAILING TRIP → OVERNIGHT ON BOAT (B/L/D)

  • Aktiviti bermula awal dengan soft trekking: Bukit Padar (sunrise view dari puncak), Pink Beach / Long Island (pantai pink + snorkeling), Pulau Komodo (jumpa Komodo depan mata), Manta Point (snorkeling + peluang jumpa manta), Taka Makassar (pulau pasir bentuk sabit – timbul masa air surut)
  • Sarapan, lunch & dinner disediakan di atas kapal
  • Aktiviti malam: memancing / karaoke &
  • Bermalam di atas kapal

HARI 4 - HALF DAY SAILING → TRANSFER HOTEL (B/L/D)

  • Sarapan pagi di atas kapal
  • Sambung sailing menuju: Pulau Sebayur (air jernih + coral cantik, sesuai snorkeling)
  • Lunch di atas kapal sambil berlayar balik ke Pelabuhan Labuan Bajo
  • Tiba di pelabuhan, terus transfer ke hotel
  • Check in hotel & rehat
  • 7.30 malam: pickup untuk dinner di Kampung Ujung
  • Selesai dinner, balik hotel & rehat

HARI 5 - HOTEL → AIRPORT (B)

  • Sarapan di hotel
  • Free & easy sementara tunggu pickup
  • Transfer ke Airport
  • Trip Labuan Bajo 5H4M tamat

Pakej Termasuk

  • Flight pergi balik (AA)
  • Bagasi 10kg pergi, 20kg balik
  • Airport transfer (ambil & hantar)
  • Transfer Hotel ↔️ Pelabuhan ↔️ Hotel
  • 2 malam penginapan di hotel (mengikut pilihan pakej)
  • 2 malam bermalam di Kapal Superior Phinisi (Private Cabin)
  • 2x sarapan pagi di hotel
  • 2x sarapan pagi di atas kapal Phinisi
  • 3x makan tengah hari di atas kapal Phinisi
  • 1x makan tengah hari di restoran tempatan
  • 2x makan malam di restoran tempatan
  • 2x makan malam di atas kapal Phinisi
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • Caj parkir kenderaan
  • Entrance fee Pulau Komodo & Pulau Padar
  • Ranger (penjaga/guide rasmi) di Pulau Komodo & Pulau Padar
  • Driver cum guide untuk 2 – 9 pax
  • Air mineral sepanjang tour
  • 2x afternoon coffee break sepanjang sailing trip

Pakej Tidak Termasuk

  • Travel insurance
  • ⁠Bagasi tambahan
  • Perbelanjaan peribadi (shopping, snack, laundry, tips, dll)

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM2799 Per Pax