1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1149 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej Langkawi 4H3M ini menawarkan pengalaman percutian lengkap dengan penginapan 3 malam, sarapan hotel, pengangkutan selesa serta lawatan menarik bersama driver cum guide. Nikmati keindahan pulau legenda melalui tarikan ikonik seperti Langkawi Cable Car, Dataran Lang dan Tasik Dayang Bunting, di samping peluang menyertai aktiviti pilihan seperti mangrove tour, island hopping dan sunset cruise. Lengkap dengan pengalaman santai di pantai, membeli-belah bebas cukai serta menikmati makanan tempatan, pakej ini sesuai untuk keluarga, rakan atau pasangan. Jom tempah sekarang dan cipta kenangan indah di Langkawi!

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Langkawi

Pakej Langkawi 4H3M ini menawarkan percutian lengkap dengan penginapan 3 malam, sarapan hotel, pengangkutan selesa serta lawatan bersama driver cum guide. Anda akan dibawa ke tarikan popular seperti Langkawi Cable Car, Dataran Lang dan Makam Mahsuri, selain menikmati suasana santai di pantai dan pasar malam. Aktiviti menarik seperti mangrove tour, sunset cruise dan island hopping turut tersedia sebagai pilihan untuk menambah pengalaman percutian anda.

Keindahan alam semula jadi turut menjadi tarikan utama dengan lawatan ke Air Terjun Durian Perangin, Pantai Pasir Hitam serta pakej pulau yang merangkumi Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Di samping itu, anda juga berpeluang membeli-belah coklat dan barangan bebas cukai di Haji Ismail Group, Rams dan Idaman Suri.

Pakej ini sesuai untuk keluarga, rakan mahupun pasangan yang ingin percutian santai tetapi penuh aktiviti. Jom tempah sekarang dan nikmati keindahan Langkawi sambil cipta kenangan manis yang tak terlupakan!

Tempat Menarik di Langkawi

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Langkawi Cable Car

Kereta kabel dengan pemandangan panorama indah dari Gunung Mat Cincang.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Dataran Lang

Mercu tanda helang gergasi simbolik pulau Langkawi.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Makam Mahsuri

Tapak sejarah lagenda Mahsuri yang penuh kisah misteri.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Pantai Pasir Hitam

Pantai unik dengan pasir gelap dan kisah legenda tersendiri.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Air Terjun Durian Perangin

Air terjun bertingkat sesuai untuk mandi dan aktiviti santai.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Langkawi Wildlife Park

Taman haiwan interaktif sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Kilim Geoforest Park

Kawasan hutan bakau dengan aktiviti mangrove tour dan eagle feeding.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Tasik Dayang Bunting

Tasik air tawar legenda di tengah pulau dengan pemandangan indah.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Pulau Beras Basah

Pulau dengan pantai jernih sesuai untuk mandi dan berehat.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Pantai Cenang

Pantai popular dengan aktiviti air dan suasana meriah.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Beras Terbakar

Tapak sejarah berkaitan kisah pembakaran padi zaman dahulu.

PAKEJ LANGKAWI 4H3M

Padang Matsirat

Kawasan bersejarah dan lokasi legenda Mahsuri di Langkawi.

Pengenalan Jadual Perjalanan

HARI 01 - KUALA LUMPUR - LANGKAWI

  • Berkumpul di depan kuanter V, klia2 3 jam sblm berlepas
  • Sampai di Langkawi
  • Singgah sarapan pagi
  • Bergambar di Marina Harbour
  • 101 Paradise
  • Cable Car
  • Makan Tengahari
  • Makan Mahsuri
  • Checkin Hotel
  • Dataran Helang
  • Makan Malam
  • Pasar Malam
  • Pulang ke hotel
  • Berehat

HARI 02 - LANGKAWI

  • Sarapan Pagi
  • Wildlife Park
  • Air Terjun Durian Perangin (Bawa baju mandi)
  • Pantai Pasir Hitam
  • Makan Tengahari
  • Kraf Langkawi / Kaca
  • Mardi
  • Shopping di Rams
  • Dataran Chenang (Pertunjukkan Api)
  • Pulang ke hotel

HARI 03 - LANGKAWI (PAKEJ PULAU)

  • Sarapan pagi
  • Pakej Pulau (Dayang Bunting + Eagle Wacthing + Pulau Beras Basah)
  • Makan Tengahari
  • Aktiviti bebas
  • Makan malam
  • Berehat

HARI 04 - LANGKAWI - KUALA LUMPUR

  • Sarapan Pagi
  • Haji Ismail Group
  • Idaman Suri
  • Kilang Gamat
  • Padang Mat Sirat
  • Makan tengahari
  • Beras terbakar
  • Laksa ikan sekoq
  • Dihantar ke airport

Maklumat Lain

Lawatan Pilihan
  • Pakej Mangrove
  • Sunset Cruise
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan pertukaran semasa
Maklumat tambahan
  • Aturcara mungkin berubah mengikut kesesuian masa, cuaca dan syor guide tempatan

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Hotel 3 malam
  • Sarapan di hotel
  • Transport
  • Lawatan
  • Driver cum guide

Pakej Tidak Termasuk

  • Bagasi
  • Insurans
  • Makan
  • Tiket lawatan
  • Pakej Pilihan

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1149 Per Pax