1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

3 Hari 2 Malam
Harga dari

RM1399 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Nikmati percutian ringkas tetapi penuh pengalaman dengan pakej 3H2M ke Ho Chi Minh City yang turut membawa anda meneroka keindahan Sungai Mekong. Sepanjang perjalanan, anda akan dibawa melawat kawasan membeli-belah terkenal seperti Ben Thanh Market, Ben Thanh Night Market dan juga Lorong Malaysia yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Selain menikmati suasana bandar yang meriah, anda juga berpeluang mengikuti lawatan ke Mekong dengan pengalaman menaiki bot serta makan tengah hari di Masjid Mekong. Pakej ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin shopping, berjalan santai dan menikmati suasana Vietnam dalam masa yang singkat dengan aturcara yang tersusun dan selesa.

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Ho CHi Minh

Nikmati percutian ringkas tetapi penuh pengalaman ke Ho Chi Minh City yang terkenal dengan suasana bandar yang meriah dan syurga membeli-belah. Setibanya di sana, peserta akan dibawa check in hotel sebelum memulakan aktiviti santai di kawasan popular seperti Ben Thanh Market dan Lorong Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Pada waktu malam, anda boleh menikmati suasana meriah sambil membeli-belah di Ben Thanh Night Market dengan pelbagai pilihan barangan, pakaian dan cenderahati menarik pada harga berpatutan.

Hari kedua pula menjanjikan pengalaman lebih unik dengan lawatan ke kawasan terkenal di sepanjang Sungai Mekong, di mana anda berpeluang melihat kehidupan masyarakat tempatan, menaiki bot menyusuri sungai serta menikmati makan tengah hari di Masjid Mekong. Selepas lawatan, peserta akan dibawa sambung aktiviti shopping di sekitar bandar sebelum menikmati masa bebas di kawasan Ben Thanh dan Lorong Malaysia yang sentiasa meriah dengan pelbagai pilihan barangan menarik.

Bagi yang ingin merasai pengalaman berbeza, anda juga boleh memilih aktiviti menaiki cruise di Sungai Saigon pada waktu malam sambil menikmati pemandangan indah bandar Ho Chi Minh yang bercahaya. Ini merupakan pengalaman santai yang sangat popular dalam kalangan pelancong untuk menikmati suasana malam bandar dengan lebih eksklusif.

Pada hari terakhir, selepas sarapan pagi, peserta masih mempunyai masa untuk membeli-belah atau berjalan santai di sekitar Ben Thanh Market sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Pakej ini sangat sesuai untuk anda yang ingin short getaway, shopping puas-puas dan menikmati pengalaman Vietnam dalam masa singkat dengan harga yang sangat berbaloi.

Tempat Menarik di Ho CHi Minh

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

Ben Thanh Market

Pasar terkenal di Ho Chi Minh yang menjadi syurga membeli-belah barangan cenderahati, pakaian, kopi Vietnam dan makanan tempatan.

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

Sungai Saigon

Sungai utama di Ho Chi Minh yang menawarkan pengalaman cruise sambil menikmati pemandangan bandar pada waktu malam.

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

Lorong Malaysia

Kawasan membeli-belah popular dalam kalangan pelancong Malaysia dengan banyak butik pakaian dan tailor.

PAKEJ HO CHI MINH + MEKONG 3H2M

Sungai Mekong

Sungai terkenal di Vietnam yang menawarkan pengalaman menaiki bot sambil melihat kehidupan kampung tradisional.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
18 - 20 APRIL 2026 - RM1399 AirAsia Tempahan Dibuka Book
14 - 16 JUN 2026 - RM1399 AirAsia Tempahan Dibuka Book
16 - 18 OGOS 2026 - RM1399 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 : KUALA LUMPUR - HO CHI MINH - KETIBAAN (L/D)

  • Berkumpul di KLIA/KLIA2 3 jam sebelum penerbangan
  • Checkin peserta/bagasi
  • Masuk ke ruangan menunggu ½ jam sebelum penerbangan
  • Terbang ke Ho Chi Minh
  • Sampai di Ho Chi Minh
  • Disambut oleh pemandu pelancong
  • Check in hotel
  • Makan tengahari
  • Aktiviti bebas di Lorong Malaysia
  • Aktiviti bebas di Pasar Ben Thant
  • Makan malam
  • Aktiviti bebas di Pasar Malam Ben Thant

Hari 02 : HO CHI MINH (B/L/D)

  • Sarapan pagi
  • Lawatan ke Sg Mekong dan towntour
  • Makan Tengahari
  • Dibawa Shopping
  • Aktiviti bebas di Lorong Malaysia
  • Aktiviti bebas di Pasar Ben Thant
  • Menaiki cruise di Sg Saigon (pilihan)**
  • Makan malam

Hari 03 : HO CHI MINH (B)

  • Sarapan Pagi
  • Aktiviti bebas di Lorong Malaysia
  • Aktiviti bebas di Pasar Ben Thant
  • Dihantar ke airport untuk pulang ke Malaysia oleh pemandu pelancong

Pakej Termasuk

  • Tiket Flight Air Asia pergi balik
  • Handcarry 7kg pergi balik
  • ⁠Bagasi 10kg pergi & 20kg balik
  • Airport transfer
  • Penginapan 2/3 org sebilik
  • ⁠Pakej Mekong + Lunch di Masjid Mekong
  • ⁠Ditunjukkan tempat shopping sekitar Ben Thanh
  • Ben Thanh Market, Night Market, Lorong Malaysia.

Pakej Tidak Termasuk

  • Makan
  • Insurans

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1399 Per Pax