Selain itu, peserta juga berpeluang merasai pengalaman menaiki cable car merentasi laut sejauh 8 km dari Pulau Besar ke Hon Thom, antara tarikan utama di Phu Quoc. Lawatan turut merangkumi persembahan budaya unik Water Puppet Show serta kunjungan ke beberapa lokasi menarik di sekitar pulau.
Tidak ketinggalan, peserta akan meneroka Vinpearl Safari Phu Quoc untuk melihat pelbagai spesies haiwan, menikmati keseronokan di taman tema VinWonders, serta bersiar-siar di kawasan pelancongan terkenal Grand World yang dipenuhi dengan tarikan, hiburan dan spot bergambar yang menarik.
Sepanjang perjalanan, pakej ini turut menyediakan kemudahan penginapan, makan serta jadual perjalanan yang selesa termasuk masa untuk solat dan berehat, menjadikannya pilihan sesuai untuk keluarga, pasangan dan rakan-rakan yang ingin bercuti dengan lebih mudah dan teratur.