1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

9 Hari 7 Malam
Harga dari

RM5197 RM4997 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Nikmati pengalaman percutian menakjubkan selama 9 Hari 7 Malam ke Yunnan, China yang merangkumi destinasi indah Kunming, Dali, Lijiang dan Shangri-La. Sepanjang perjalanan, peserta akan dibawa meneroka keindahan alam semula jadi dan warisan budaya seperti Stone Forest, menikmati panorama Erhai Lake, bersiar di bandar bersejarah Lijiang Ancient Town, serta menyaksikan keindahan Jade Dragon Snow Mountain dan lembah memukau Blue Moon Valley. Perjalanan turut membawa anda ke kawasan alam semula jadi terkenal seperti Tiger Leaping Gorge dan Potatso National Park, selain menikmati suasana unik di Dukezong Ancient City. Pakej ini termasuk penerbangan pergi balik bersama AirAsia, penginapan hotel 4, makanan halal, bullet train, bas persendirian serta lawatan yang fokus kepada pure sightseeing tanpa shopping stop dan tanpa tipping wajib, menjadikannya pilihan sempurna untuk percutian yang selesa dan penuh pengalaman indah.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Yunnan

Nikmati pengalaman percutian 9 Hari 7 Malam ke Yunnan yang membawa anda meneroka keindahan Kunming, Dali, Lijiang dan Shangri-La, destinasi terkenal dengan gabungan pemandangan alam semula jadi yang memukau serta bandar bersejarah yang unik. Di Kunming, peserta akan melawat Stone Forest, formasi batu kapur luar biasa yang menjadi antara tarikan ikonik di Yunnan, selain menikmati suasana santai di Cuihu Park dan berjalan di kawasan klasik Kunming Old Street.

Perjalanan diteruskan ke Dali dan Lijiang yang terkenal dengan pemandangan tasik dan seni bina tradisional. Di Erhai Lake, peserta dapat menikmati panorama tasik yang luas dengan spot bergambar popular seperti S-Bend serta meneroka keunikan budaya di Xizhou Ancient Town. Di Lijiang pula, anda akan bersiar di Lijiang Ancient Town yang penuh dengan lorong batu, jambatan kecil dan suasana klasik, selain melawat Jade Dragon Snow Mountain dan menikmati keindahan tasik biru jernih di Blue Moon Valley.

Pengembaraan diteruskan ke Shangri-La yang terkenal dengan pemandangan alam yang dramatik seperti Tiger Leaping Gorge serta keindahan semula jadi di Potatso National Park. Pakej ini menawarkan pengalaman pure sightseeing tanpa shopping stop, lengkap dengan penginapan hotel 4, makanan halal, perjalanan bullet train yang selesa serta lawatan ke lokasi-lokasi terbaik Yunnan untuk memberikan pengalaman percutian yang santai, eksklusif dan penuh kenangan indah.

Tempat Menarik di Yunnan

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Cuihu Park (Green Lake Park)

Taman tasik yang terkenal di Kunming dengan suasana santai dan pemandangan indah di tengah bandar.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Kunming Old Street

Kawasan jalan lama yang mengekalkan seni bina klasik serta kedai tradisional tempatan.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Stone Forest

Tapak warisan dunia dengan formasi batu kapur unik yang kelihatan seperti hutan batu semula jadi

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Erhai Lake Ecological Corridor

Laluan indah di tepi tasik dengan panorama gunung dan tasik yang memukau.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

S-Bend Erhai Lake (photo stop)

Spot bergambar popular dengan jalan berliku di tepi tasik yang sangat instagrammable.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Xizhou Ancient Town

Pekan lama yang terkenal dengan seni bina tradisional etnik Bai dan suasana budaya tempatan.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Nanmen Mosque (Dali)

Masjid bersejarah yang menjadi pusat komuniti Muslim di kawasan Dali.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

“Santorini of Yunnan” Photo Stop

Lokasi bergambar terkenal dengan bangunan putih dan pemandangan tasik seperti di Santorini.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Lijiang Ancient Town

Bandar lama warisan UNESCO dengan lorong batu, jambatan kecil dan suasana klasik.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Jade Dragon Snow Mountain (Glacier Park)

Gunung bersalji ikonik Yunnan dengan pemandangan glasier yang menakjubkan.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Blue Moon Valley

Lembah dengan tasik air biru jernih yang sangat terkenal di kaki gunung salji.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Impression Lijiang Show

Persembahan budaya epik berlatarbelakangkan gunung salji Jade Dragon.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Beimenpo Mosque

Masjid yang sering dikunjungi pelancong Muslim di bandar Lijiang.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

First Bend of the Yangtze River

Lokasi unik di mana Sungai Yangtze membuat selekoh besar yang dramatik.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Tiger Leaping Gorge

Salah satu gaung terdalam di dunia dengan pemandangan sungai dan tebing gunung yang hebat.

PAKEJ YUNNAN GROUP TOUR 9H7M

Potatso National Park

Taman negara terkenal dengan tasik alpine, hutan dan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
15 - 23 OKTOBER 2026 - RM4997 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 : KL - KUNMING

  • Bertolak dari KL ke Kunming.
  • Setibanya di Kunming Changshui Airport, disambut oleh local guide dan terus ke hotel untuk check in & rehat.

Hari 02 : KUNMING CITY TOUR (B/L/D)

  • Rehat waktu pagi.
  • Lawatan ke Cuihu Park (Green Lake Park) & Kunming Old Street untuk city walk santai.

Hari 03 : KUNMING - DALI (BULLET TRAIN) (B/L/D)

  • Lawatan ke Stone Forest.
  • Kemudian naik bullet train second class ke Dali.

Hari 04 : DALI TOUR (B/L/D)

  • Lawatan ke Erhai Lake Ecological Corridor.
  • Photo stop di S-Bend.
  • Zhou Xizhou / Xizhou Ancient Town.
  • Melawat Nanmen Mosque.

Hari 05 : DALI - LIJIAN (B/L/D)

  • Bertolak ke Lijiang (±2.5 jam perjalanan).
  • Photo stop “Santorini of Yunnan”.
  • City walk di Lijiang Ancient Town.

Hari 06 : LIJIANG (B/L/D)

  • Lawatan ke Jade Dragon Snow Mountain.
  • Glacier Park (termasuk cable car).
  • Blue Moon Valley.
  • Impression Lijiang Show.
  • Singgah Beimenpo Mosque.

Hari 07 : LIJIANG - SHANGRI-LA (B/L/D)

  • Bertolak ke Shangri-La.
  • Singgah The First Bend of Yangtze River.
  • Lawatan ke Tiger Leaping Gorge.

Hari 08 : SHANGRI-LA - KUNMING (BULLET TRAIN) (B/L/D)

  • Lawatan ke Potatso National Park.
  • Dukezong Ancient City.
  • Guishan Park.
  • Naik bullet train second class kembali ke Kunming.
  • Transfer ke hotel / airport.

Hari 09 : KUNMING - KL

  • DAY 9 | KUNMING → KL
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tamat perjalanan indah Yunnan.

Pakej Termasuk

  • Flight pergi balik (Air Asia)
  • Bagasi 20kg pergi balik
  • Meals on board pergi balik
  • 4 Star Hotel sepanjang perjalanan
  • 7 Breakfast Hotel
  • 7 Lunch Halal
  • 7 Dinner Halal
  • Bullet Train (2nd Class)
  • Private Tour Bus
  • English Speaking Guide
  • Entrance Tickets seperti dalam jadual
  • Travel Insurance

Pakej Tidak Termasuk

  • Pure sightseeing
  • Tiada shopping stop
  • Tiada tipping wajib

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM5197 RM4997 Per Pax