1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

6 Hari 5 Malam
Harga dari

RM2499 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Nikmati keindahan alam dan warisan budaya Indonesia dengan pakej eksklusif 6 hari 5 malam yang membawa anda menjelajah tiga destinasi paling menarik – Surabaya, Gunung Bromo, dan Jogjakarta. Mulakan perjalanan anda di Surabaya, kota metropolitan yang penuh dengan sejarah dan budaya. Saksikan keindahan matahari terbit di Gunung Bromo – satu pengalaman yang pasti tidak akan anda lupakan. Kemudian teruskan pengembaraan ke Jogjakarta, pusat budaya Jawa yang terkenal dengan keindahan Candi Borobudur, seni batik, dan keramahtamahan masyarakatnya. Pakej ini sesuai untuk anda yang ingin merasai gabungan sempurna antara alam semula jadi, budaya, dan sejarah dalam satu perjalanan yang lengkap.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Surabaya Bromo Jogjakarta

Pakej Surabaya – Bromo – Jogjakarta 6H5M ini membawa anda menikmati gabungan pengalaman bandar, alam semula jadi dan budaya Indonesia yang cukup lengkap. Setibanya di Juanda International Airport, perjalanan diteruskan ke Malang untuk melihat ikon Tugu Suroboyo sebelum berehat di hotel. Keesokan hari, pengembaraan bermula di Gunung Bromo dengan panorama matahari terbit yang memukau, diikuti lawatan ke Kawah Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Teletubbies—pengalaman yang pasti menjadi highlight sepanjang trip anda.

Perjalanan diteruskan ke Jogjakarta dengan singgah di ladang epal Malang serta menikmati pemandangan unik di Jatim Park 2. Di Jogjakarta, suasana lebih santai tetapi penuh aktiviti menarik seperti lawatan ke Mount Merapi menaiki jeep, melihat kesan sejarah letusan di Muzium Sisa Hartaku dan menikmati keindahan alam sekitar. Tidak ketinggalan, anda juga akan dibawa membeli-belah dan merasai suasana meriah di Malioboro Street yang terkenal dengan pelbagai barangan unik dan makanan tempatan.

Pengalaman diteruskan dengan aktiviti lasak dan santai di Goa Pindul melalui aktiviti cave tubing yang menyeronokkan, diikuti lawatan ke Pantai Timang yang terkenal dengan gondola tradisional dan hidangan lobster segar. Hari terakhir pula lebih kepada eksplorasi budaya dengan lawatan ke Keraton Yogyakarta, membeli ole-ole seperti bakpia dan batik sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Jom sertai pakej ini dan rasai sendiri keindahan Indonesia dalam satu perjalanan lengkap! Dari gunung berapi yang menakjubkan, aktiviti mencabar, hingga ke budaya dan makanan tempatan—semuanya disusun rapi untuk keselesaan anda. Tempat terhad, cepat tempah untuk pengalaman percutian yang pasti tidak akan dilupakan!

Tempat Menarik di Surabaya Bromo Jogjakarta

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Tugu Suroboyo

Ikon bandar Surabaya berbentuk ikan yu dan buaya, simbol sejarah dan identiti kota.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Gunung Bromo

Gunung berapi aktif terkenal dengan pemandangan sunrise yang menakjubkan.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Widodaren Hills

Spot terbaik menikmati panorama lautan kabus di kawasan Bromo.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Kawah Bromo

Kawah gunung berapi yang boleh dilawati dengan menaiki tangga.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Pasir Berbisik

Padang pasir luas dengan bunyi angin unik seperti berbisik.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Bukit Teletubbies

Bukit hijau bergelombang yang cantik seperti dalam rancangan Teletubbies.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Jatim Park 2

Taman tema edukasi dengan zoo dan muzium interaktif.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Mount Merapi

Gunung berapi aktif yang diterokai melalui jeep tour mencabar.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Muzium Sisa Hartaku

Muzium memaparkan kesan letusan Merapi dan kisah penduduk tempatan.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Malioboro Street

Jalan terkenal untuk membeli-belah, makanan jalanan dan cenderamata.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Goa Pindul

Aktiviti cave tubing menyusuri sungai dalam gua yang unik dan santai.

PAKEJ SURABAYA BROMO JOGJAKARTA 6H5M(GROUND)

Pantai Timang

Pantai ekstrem dengan gondola tradisional dan hidangan lobster segar.

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 1 : KUALA LUMPUR - SURABAYA - MALANG ( L/D )

  • Pick up — Juanda Aiport Surabaya
  • Makan tengahari
  • Tugu Suroboyo
  • Check-in hotel (Malang)
  • Dinner
  • Back to hotel & rest

Hari 2 : MALANG - BROMO ( B/L/D )

  • Menuju Bromo
  • Explore Bromo (Sunrise point, Widodaren Hills, Kawah Bromo, Pasir Berbisik, Bukit Teletubbies)
  • Makan siang
  • Back to Hotel
  • Kedai ole-ole dan souvenirs
  • Makan malam
  • Alun² Kota Wisata Batu
  • Back to hotel & rest

Hari 3 : MALANG - JOGJAKARTA( B/L/D )

  • Breakfast at hotel
  • Check out hotel
  • Petik Epal
  • Drive Thru Park @ Jatim Park 2
  • Makan siang
  • Menuju Jogjakarta

Hari 4 : JOGJAKARTA ( B/L/D )

  • Subuh @ Masjid Al-Aqsha
  • Sarapan
  • Jeep tour Merapi (Bunker Kaliadem, Batu Alien, Muzium Sisa Hartaku, Trip Kalikuning)
  • Lunch @ Rumah Makan Timbul Roso
  • Check in hotel
  • Malioboro Street
  • Dinner di Restoran Lombok Ijo
  • Back to hotel & Rest

Hari 5 : JOGJAKARTA ( B/L/D )

  • Breakfast di hotel
  • Menuju ke Goa Pindul
  • Goa Pindul
  • Perjalanan ke pantai Timang
  • Lunch di kedai Lobster Pak Sis Timang
  • Pantai Timang
  • Dinner di Restoran Bukit Indah
  • Perjalanan ke Malioboro
  • Malioboro Street
  • Back to hotel & rest

Hari 6 : JOGJAKARTA - KUALA LUMPUR ( B/L )

  • Breakfast di hotel & persiapan cek out hotel
  • Istana Kraton
  • Kedai kueh Bakpia
  • Melawat kedai batik
  • Menuju ke airport
  • Lunch di Ayam Goreng Bu
  • Pulang ke Malaysia

Pakej Termasuk

  • Hotel x 5 malam **(2 malam di Malang, 3 malam di Yogyakarta)
  • 5x ( B/L/D )
  • Transport
  • Tiket masuk
  • Gondola Ride
  • Jeep Tour
  • Driver
  • Local Tour Guide
  • Air Mineral

Pakej Tidak Termasuk

  • Flight pergi balik
  • Travel insurance
  • Perbelanjaan peribadi

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM2499 Per Pax