1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

7 Hari 5 Malam
Harga dari

RM4297 RM3997 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej Kashmir 7 Hari 5 Malam ini membawa anda menikmati keindahan alam semula jadi yang memukau di Jammu dan Kashmir, destinasi yang terkenal sebagai “Syurga Dunia”. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan panorama pergunungan bersalji, tasik yang tenang serta suasana budaya unik yang mempesona. Pengalaman bermalam di houseboat di Dal Lake, bersiar-siar di taman Mughal yang bersejarah dan menikmati udara segar pergunungan menjadikan percutian ini lengkap dengan elemen santai dan pengembaraan. Dengan susunan perjalanan yang teratur serta kemudahan lengkap, pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai keindahan Kashmir dengan selesa dan bermakna.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Kashmir

 

Srinagar merupakan ibu kota utama yang terkenal dengan suasana damai serta pemandangan tasik dan pergunungan yang memukau. Di sini terletaknya Dal Lake, ikon pelancongan yang menawarkan pengalaman menaiki shikara sambil menikmati panorama rumah bot dan latar Banjaran Himalaya. Penginapan di houseboat memberikan pengalaman unik yang jarang ditemui di destinasi lain.

Selain itu, pelawat akan dibawa ke Mughal Gardens yang terkenal dengan seni taman berkonsepkan Parsi, dihiasi kolam air, pancuran serta susunan landskap yang simetri. Taman ini dibina pada era pemerintahan Mughal dan menjadi lokasi terbaik untuk bergambar dengan latar belakang gunung yang indah terutamanya ketika musim bunga dan panas.

Seterusnya, Gulmarg menjadi tarikan utama bagi pencinta aktiviti musim sejuk. Dikenali sebagai antara destinasi ski popular di India, Gulmarg menawarkan pemandangan padang salji yang luas serta pengalaman menaiki cable car untuk melihat panorama dari ketinggian. Selain itu, pelbagai aktiviti seperti ski, sledge dan snow motorbike turut menjadi pilihan pengunjung yang ingin merasai keseronokan suasana musim sejuk sebenar.

Tempat Menarik di Kashmir

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Srinagar

Bandar ini menjadi pusat pelancongan serta lokasi penginapan houseboat yang ikonik.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Dal Lake

Tasik yang menawarkan pengalaman menaiki shikara sambil menikmati pemandangan rumah bot dan latar Banjaran Himalaya.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Mughal Gardens

Taman bersejarah era Mughal dengan reka bentuk landskap gaya Parsi, dihiasi kolam, pancuran air dan susunan taman yang indah berlatarbelakangkan gunung.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Gulmarg

Destinasi tanah tinggi yang terkenal dengan pemandangan salji serta aktiviti musim sejuk seperti ski, sledge dan bermain salji.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Baisaran Valley

Dikenali sebagai “Mini Switzerland”, padang rumput luas dengan pemandangan gunung bersalji dan aktiviti menunggang kuda.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Pahalgam

Bandar peranginan yang terkenal dengan lembah hijau, udara segar dan suasana tenang, sesuai untuk berehat sambil menikmati panorama alam semula jadi Kashmir.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Lidder River

Sungai jernih yang mengalir melalui Pahalgam dengan latar belakang gunung dan hutan pine.

PAKEJ KASHMIR 7H5M

Betaab Valley

Lembah indah yang dikelilingi gunung bersalji dan padang rumput luas.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
06 MAY - 12 MAY 2026 Musim Bunga RM3977 AirAsia Tempahan Dibuka Book
22 SEP - 28 SEP 2026 Musim Luruh RM3977 AirAsia Tempahan Dibuka Book
15 DEC - 21 DEC 2026 Musim Sejuk RM4397 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

HariHari 01 : KL - DELHI - SRINAGAR (MOB)

  • Berkumpul di KLIA1 (3 jam sebelum flight)
  • Flight ±5 jam 30 min ke Delhi
  • Urusan imigresen & ambil bagasi
  • Transfer ke terminal domestik
  • flight ke Srinagar
  • Tiba di Srinagar & terus check in hotel
  • Rehat

Hari 02 : SRINAGAR - SONAMARG (B/L/D)

  • Sarapan di hotel
  • Bertolak ke Sonamarg
  • Sepanjang perjalanan,menikmati pemandangan sungai & gunung yang cantik
  • Photo stop di Viyal Point
  • Singgah shopping souvenir di Super Mario (barang murah & banyak pilihan)
  • Sambung perjalanan ke Sonamarg
  • Check in hotel
  • Free & easy

Hari 03 : SONAMARG - SRINAGAR (B/L/D)

  • Sarapan & aktiviti salji di sekitar Sonamarg
  • Snow motorbike / sledge (optional, bayar sendiri)
  • OOTD sampai waktu check out
  • Bertolak balik ke Srinagar
  • Tulip Garden
  • Badamwari - melihat bunga badam yang kembang cantik
  • Singgah kedai kulit – boleh tempah jaket kulit custom
  • Check in hotel, makan malam
  • Free & easy (Lal Chowk Shopping Area)

Hari 04 : SRINAGAR - PAHALGAM - SRINAGAR (B/L/D)

  • Bertolak ke Pahalgam (±3 jam)
  • Singgah di Pampore – kawasan ladang saffron
  • Boleh beli saffron original & shilajit Himalaya
  • Apple Valley
  • shopping di Pekan Pahalgam bagi yang tak ikut berkuda
  • Balik semula ke Srinagar

Hari 05 : SRINAGAR - GULMARG - HOUSEBOAT (B/L/D)

  • Check out & bertolak ke Gulmarg (±2 jam)
  • Jalan kaki ±900m ke cable car station (atau naik ATV – optional)
  • ATV ride ±1 jam (RP2000 – optional)
  • Naik cable car ±10 min ke puncak (Phase 1)
  • Aktiviti salji di atas: skiing, snow motorbike, sledge (bayar sendiri)
  • Turun semula, lunch
  • Balik ke Srinagar
  • Check in houseboat di Dal Lake
  • Makan malam & free time

Hari 06 : SRINAGAR → DELHI (B/L/MOB)

  • Shikara ride keliling Tasik Dal (±1 jam 30 min)
  • Singgah floating market – shopping terakhir
  • Check out → lunch
  • Ke airport untuk flight ke Delhi
  • Sampai Delhi → transfer ke terminal antarabangsa
  • Flight balik ke Kuala Lumpur

TIBA DI KUALA LUMPUR

  • Dijangka tiba di KLIA sekitar 7 pagi
  • Trip tamat dengan kenangan manis

Maklumat Lain

Lawatan Pilihan
  • AKTIVITI PILIHAN (BAYAR SENDIRI)
  • Kuda ke Baisaran Valley – RP2000
  • ATV di Gulmarg – RP2000
  • Sledge – RP1000 hingga RP1500
  • Snow motorbike – RP2000
  • • Skiing – RP1000 hingga RP2000
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan pertukaran semasa
Maklumat tambahan
  • Itinerary tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa dan budi bicara tour guide tempatan.

Pakej Termasuk

  • Flight Air India & 20kg luggage
  • Flight domestik & 15kg luggage
  • Private transport sepanjang trip
  • Lokal guide & tour leader dari Malaysia
  • Hotel transit + sarapan
  • 4 malam di hotel 3
  • 1 malam di houseboat 4*
  • Sarapan / Lunch / Dinner ikut itinerary
  • Tiket masuk Mughal Garden
  • Tiket Cable Car Phase 1 di Gulmarg
  • Shikara ride 1 jam 30 minit
  • Airport service
  • Porter service di hotel
  • eVisa

Pakej Tidak Termasuk

  • Makanan & minuman di luar itinerary
  • Lawatan tambahan di luar jadual
  • Laundry / simcard
  • Tipping RM20
  • Lebihan bagasi
  • Travel insurance

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM4297 RM3997 Per Pax