1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1599 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej Aceh + Pulau Sabang 4H3M ini membawa anda menerokai keindahan bumi Serambi Mekah dengan gabungan sejarah, budaya dan panorama alam yang memukau. Sepanjang perjalanan, anda akan mengunjungi ikon seperti Masjid Raya Baiturrahman, tapak bersejarah Tsunami termasuk Kuburan Massal dan PLTD Apung, serta menikmati keindahan pantai dan mercu tanda terkenal di Sabang seperti Tugu 0 Kilometer dan Pantai Sumur Tiga. Pakej lengkap ini termasuk tiket penerbangan, penginapan 3 malam (2 malam di Aceh & 1 malam di Sabang), makan minum penuh, pengangkutan, feri pergi balik ke Sabang serta khidmat guide tempatan, menjadikannya pilihan terbaik untuk percutian santai sambil menghayati sejarah dan pesona alam Aceh yang unik.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Aceh

Percutian ke Aceh dan Sabang ini bukan sekadar melancong, tetapi satu pengalaman penuh makna yang menggabungkan sejarah, budaya dan keindahan alam. Anda akan mengunjungi ikon terkenal seperti Masjid Raya Baiturrahman yang megah dan menjadi simbol kebangkitan rakyat Aceh selepas tsunami. Lawatan ke kawasan Kuburan Massal serta PLTD Apung memberi peluang merasai sendiri kisah tragis yang membentuk sejarah bumi Serambi Mekah ini.

Di Sabang, anda akan menikmati panorama laut yang memukau serta bergambar di mercu tanda popular seperti Tugu Nol Kilometer Indonesia, titik paling barat Indonesia. Pantai Sumur Tiga pula menawarkan suasana tenang dengan air laut yang jernih dan sesuai untuk bersantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Tidak lengkap tanpa menikmati keindahan Pantai Lampuuk dan Lhoknga yang terkenal dengan pasir putih serta pemandangan matahari terbenam yang sangat mempesona. Setiap lokasi yang dilawati memberikan pengalaman berbeza  daripada unsur sejarah dan keagamaan hingga ke keindahan semula jadi yang menenangkan jiwa.

 Jom sertai pakej Aceh + Sabang 4H3M ini untuk percutian yang lengkap, tersusun dan berbaloi! Dengan gabungan lawatan menarik, makanan disediakan serta khidmat guide tempatan, anda hanya perlu datang dan nikmati pengalaman indah tanpa perlu fikir tentang perancangan perjalanan.

Tempat Menarik di Aceh

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Masjid Raya Baiturrahman

Ikon utama Aceh yang terselamat daripada tsunami 2004, terkenal dengan seni bina megah dan suasana yang tenang.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Kuburan Massal Mangsa Tsunami

Tapak perkuburan besar mangsa tsunami sebagai lokasi memperingati tragedi bersejarah Aceh.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

PLTD Apung

Kapal generator elektrik seberat ribuan tan yang dihanyutkan tsunami ke tengah bandar, kini menjadi monumen sejarah.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Museum Aceh

Muzium yang mempamerkan artifak, budaya dan sejarah masyarakat Aceh.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Gunongan

Taman bersejarah peninggalan Kesultanan Aceh yang unik binaannya.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Rumah Cut Nyak Dhien

Rumah tradisional tokoh pahlawan wanita Aceh yang memperjuangkan kemerdekaan.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Masjid Rahmatullah Lampuuk

Masjid yang masih kukuh berdiri walaupun dilanda tsunami, simbol ketabahan masyarakat.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Pantai Lampuuk

Pantai berpasir putih yang terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang indah.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Pantai Lhoknga

Destinasi santai dengan panorama laut luas, sesuai untuk bergambar dan menikmati angin pantai.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Tugu Nol Kilometer Indonesia

Mercu tanda titik paling barat Indonesia dan lokasi wajib bergambar.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Pasar Aceh

Tempat membeli ole-ole seperti kopi Aceh, kain dan cenderamata tempatan.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Masjid Oman Al-Makmur

Masjid berkubah emas yang cantik dan menjadi salah satu tarikan baharu di Banda Aceh.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Sabang (City Tour)

Menjelajah bandar kecil yang damai dengan pemandangan bukit dan laut yang mempesona.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Tugu I Love Sabang

Spot bergambar ikonik di bandar Sabang dengan latar belakang laut yang cantik dan suasana santai.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Benteng Jepang Anoi Itam

Kubu peninggalan tentera Jepun dengan pemandangan laut yang menarik.

PAKEJ ACEH – PULAU SABANG 4H3M

Pantai Sumur Tiga

Pantai air jernih dan suasana tenang, sesuai untuk berehat dan menikmati keindahan alam.

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 : KUALA LUMPUR - ACEH (L/D)

  • Berkumpul di KLIA2 3 jam sebelum berlepas
  • Sampai di Airport Sulthan Iskandar Muda
  • Di jemput oleh Guide
  • Melawat Kuburan Massal,yaitu mangsa Tsunami yang di kuburkan pada satu lobang sebanyak 46.718 jiwa
  • Daftar masuk hotel
  • Masjid Baiturrahman
  • Makan malam
  • Berehat.

Hari 02 : ACEH - PULAU SABANG (B/L/D)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel. (barang yang tidak di bawa akan dititipkan di Receptionist Hotel)
  • Pelabuhan Ulee Lheue
  • Naik Ferry menuju pulau Sabang
  • Sabang City tour, Melawat Tugu I Love Sabang, Makan tengahari, solat.
  • Melihat view pulau & kota Pulau Sabang, Benteng Jepang , Pantai Sumur Tiga, Tugu 0 kilometer Sabang (Monumen)
  • Daftar masuk hotel (Sabang),Solat Magrib, Makan malam , balik ke Hotel untuk packing barang esok balik ke Banda Aceh jam 07:00 & Istirahat.

Hari 03 : PULAU SABANG - ACEH (B/L/D)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel
  • Menuju pelabuhan Balohan Sabang untuk naik feri menuju balik ke Banda Aceh..
  • Kapal PLTD Apung, Muzeum Aceh, Gunungan, Makan tengahari
  • Kubah Tengah Sawah, Rumah Aceh Cut Nyak Dhien
  • Masjid Rahmatullah, Pantai Lampu'uk / Lhoknga
  • Makan malam di tepi pantai (menikmati keindahan pantai Lampu'uk& View Sunset)
  • Daftar masuk hotel
  • Aktiviti bebas/shopping kedai depan hotel

Hari 04 : ACEH - KUALA LUMPUR (B)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel
  • Sampan atas rumah
  • Pasar Aceh
  • Makan tengahari
  • Masjid Oman
  • Dihantar ke airport untuk pulang ke ke Malaysia

Pakej Termasuk

  • Tiket Flight
  • Hotel 3 malam, 2 mlm di Aceh, 1 mlm di Pulau Sabang
  • Transport
  • Lawatan
  • Feri pergi balik ke Pulau Sabang
  • 3 X Breakfast, Lunch, Dinner
  • •Guide Tempatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Bagasi
  • Travel insurance
  • Selain dari termasuk dlm pakej
  • Tips Guide/Driver

Maklum Balas Pelanggan MAKLUM BALAS PELANGGAN

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1599 Per Pax