1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM1799 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Alami keunikan dua destinasi menarik di Borneo menerusi Pakej 4 Hari 3 Malam Brunei – Miri. Pakej ini direka khas untuk anda yang ingin merasai keindahan seni bina Islam moden, warisan budaya, serta keajaiban alam semula jadi – semuanya dalam satu perjalanan yang mudah dan menyeronokkan.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Brunei & Miri

Brunei Darussalam terkenal dengan masjid yang indah, suasana aman serta tarikan budaya seperti Istana Nurul Iman, Masjid Jame’ Hassanil Bolkiah dan Kampung Ayer.Manakala Miri, Sarawak pula menawarkan tarikan bandar dan alam semula jadi seperti Canada Hill, Petroleum Museum, Grand Old Lady serta destinasi membeli-belah dan rekreasi.

Tempat Menarik di Brunei & Miri

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Masjid Omar Ali Saifuddien

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan masjid ikonik di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia terkenal dengan seni bina Islam yang indah, kubah emas serta kedudukannya yang dikelilingi lagun, menjadikannya antara masjid tercantik di Asia Tenggara.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Masjid Jame' Hassanil Bolkiah

Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah ialah masjid terbesar di Brunei Darussalam. Ia terkenal dengan seni bina mewah, kubah emas yang berkilauan serta taman yang indah, dan dibina bagi memperingati pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei dan dikenali sebagai istana kediaman terbesar di dunia. Ia menjadi lambang kemegahan institusi diraja Brunei dan boleh dilihat dari luar oleh pengunjung.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Kampong Ayer Brunei

Kampong Ayer ialah perkampungan atas air yang terkenal di Brunei Darussalam dan dianggap sebagai antara yang terbesar di dunia. Ia menempatkan rumah, masjid, sekolah dan kedai yang dibina di atas sungai serta menjadi simbol sejarah dan budaya Brunei.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Miri Oil Well No.1 (Grand Old Lady & Canada Hill

Grand Old Lady di Bukit Canada, Miri ialah telaga minyak pertama di Malaysia yang digali pada tahun 1910 dan kini menjadi tapak bersejarah serta lokasi pelancongan dengan pemandangan indah bandar Miri dan Laut China Selatan.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Miri Waterfront

Miri Waterfront ialah kawasan tepi laut di pusat bandar Miri yang popular untuk bersiar-santai, menikmati pemandangan laut, serta tempat makan dan aktiviti rekreasi terutama pada waktu petang dan malam.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Miri Handicraft Centre

Miri Handicraft Centre ialah pusat kraf yang menjual pelbagai hasil kraftangan dan cenderamata tempatan Sarawak seperti manik, ukiran kayu dan tekstil tradisional, sesuai untuk membeli buah tangan pelancongan.

PAKEJ BRUNEI + MIRI 4H3M

Gua Niah

Gua Niah ialah gua batu kapur terkenal di Sarawak yang menjadi tapak penemuan rangka manusia prasejarah berusia lebih 40,000 tahun serta tarikan pelancongan bersejarah dan alam semula jadi.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
- AirAsia Tempahan Dibuka Book
- - Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 1 : MIRI - BRUNEI ( L/D )

  • Jemput di airport Miri.
  • Menuju ke Brunei.
  • Makan Tengahari.
  • Checkin hotel.
  • Masjid Omar Ali Saifuddien.
  • Royal Regalia Lapau.
  • Dewan Majlis.
  • Istana Nurul Iman.
  • Shopping Cenderahati.
  • Makan Malam.
  • Pulang ke hotel.

Hari 2 : BRUNEI ( B/L/D )

  • Sarapan Pagi di hotel.
  • Checkout hotel.
  • Menuju Kg Air. Naik bot, mangrove dan tour Kg Air.
  • Makan Tengahari.
  • Masjid Jame' Asr Hasanal Bolkiah.
  • Pasar malam Gadong.
  • Makan malam.
  • Berehat.

Hari 3 : BRUNEI - MIRI ( B/L/D )

  • Sarapan pagi.
  • Bertolak ke Miri.
  • Singgah Crocodile Farm & Mini Zoo.
  • Makan Tengahari.
  • Singgah solat di masjid.
  • Grand Old Lady dan Muzeum Petroleum di Bukit Canada.
  • Tamu Khas & Native Market (menjual buah2an dan sayur2an tempatan)
  • Pulang ke hotel.
  • Makan malam.
  • Berehat.

Hari 4 : MIRI - KUALA LUMPUR ( B )

  • Sarapan Pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas.
  • Checkout hotel.
  • Makan Tengahari di Imperial Permaisuri Food Court.
  • Dihantar ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Pakej Termasuk

  • Tiket flight pergi balik
  • Pengangkutan
  • Hotel 3 malam, 2 mlm Brunei 1 mlm Miri
  • Lawatan
  • Bot dan mangrove Kg Air
  • 3 kali (breakfast, lunch, dinner)
  • Guide Malaysia
  • Guide Brunei

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket berbayar
  • Tiket Masuk Ladang Buaya dan Mini Zoo

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM1799 Per Pax