Pakej Bangkok, Thailand
Pilih pakej anda:
Pengenalan Bangkok
Bangkok, ibu negara Thailand, terkenal dengan kuil megah seperti Wat Arun, pusat beli-belah mewah ICONSIAM, pasar fesyen Platinum dan Pratunam, serta pasar malam meriah Asiatique dan Jodd Fairs. Semua lawatan dan makan menggunakan restoran halal.
Pilih pakej Bangkok City Tour & Shopping 3H2M untuk percutian beli-belah santai, atau Bangkok–Pattaya 4H3M yang menggabungkan bandar raya dengan pesona pantai Pattaya dan Nong Nooch Tropical Garden. Kedua-duanya pakej persendirian dengan pemandu berpengalaman.
Highlight Bangkok
- ICONSIAM & Sook Siam Market
- Asiatique The Riverfront
- Platinum Fashion Mall & Pratunam
- Chocolate Ville
- Makanan halal sepanjang trip
Jadual perjalanan Bangkok City & Shopping 3H2M
Hari 1 · Tiba di Bangkok
- Tiba di Bangkok & bertemu pemandu
- Makan tengah hari di Al-Hilal Restaurant (Halal)
- Big Bee Garden Farm
- ICONSIAM & Sook Siam Market
- Asiatique The Riverfront Night Market
- Makan malam di Phra Nakhon Restaurant (Halal)
- Daftar masuk hotel
Bermalam di Hotel di Bangkok (atau setaraf)
Hari 2 · Bangkok City Tour & Shopping
- Sarapan pagi di hotel
- Erawadee Herbal Shop
- Space & Time Cube
- Makan tengah hari buffet di Zayn Hotel (Halal, 4★)
- Dried Food Market
- Beli-belah di Platinum Fashion Mall & Pratunam Market
- Makan malam di Sook Zaap 56 (Halal)
- Chocolate Ville
Bermalam di Hotel di Bangkok (atau setaraf)
Hari 3 · Bangkok – pulang
- Sarapan pagi & daftar keluar
- Transfer ke lapangan terbang (3 jam sebelum penerbangan)
Soalan lazim Bangkok
Berapa harga pakej Bangkok?
Pakej Bangkok City Tour & Shopping 3H2M bermula RM1,899 setiap seorang, manakala Bangkok–Pattaya 4H3M bermula RM1,999 setiap seorang. Harga akhir bergantung pada tarikh, bilangan peserta dan pilihan hotel — hubungi kami untuk sebut harga tepat.
Adakah pakej ini private atau group?
Kedua-dua pakej adalah pakej persendirian (private tour) dengan pemandu khas untuk kumpulan anda. Anda boleh pilih tarikh perjalanan sendiri — hubungi kami untuk tempahan.
Adakah makanan halal?
Ya. Semua makan yang dinyatakan dalam atur cara menggunakan restoran halal seperti Al-Hilal, Phra Nakhon, Amir dan Sook Zaap 56.
Apa yang termasuk dalam pakej?
Tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel, pemandu, semua lawatan dan makan mengikut atur cara, airport transfer serta air mineral. Pakej 3H2M turut termasuk insurans perjalanan Thailand.
Apa yang tidak termasuk?
Tips pemandu & pemandu pelancong, bagasi tambahan, perbelanjaan peribadi (sim card, dobi, bell boy) dan apa-apa perkhidmatan yang tidak dinyatakan dalam pakej.







