tersimpan sebuah kisah inspirasi. Diasaskan oleh seorang suami atas rasa cinta dan penghargaan terhadap isterinya, Solehah, syarikat ini lahir daripada impian untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia melihat dunia.
Sejak 2017, kami telah mendengar suara anda. Kami faham bahawa percutian impian tidak semestinya perlu mahal. Melalui kaji selidik dan pengalaman yang mendalam dalam industri pelancongan, kami membuktikan bahawa kualiti dan bajet mampu milik boleh berjalan seiring.
Fokus utama kami adalah menyediakan pakej pelancongan yang fleksibel mengikut citarasa, keperluan dan bajet pelanggan. Matlamat kami jelas — memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang meneroka destinasi idaman dengan sokongan penuh daripada rakan pengembaraan yang boleh dipercayai.
Selain menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara, Solehah Travel juga menyediakan perkhidmatan pelancongan secara menyeluruh termasuk pengurusan tiket penerbangan, trip persendirian, trip syarikat, ground arrangement serta pelbagai servis berkaitan pelancongan untuk memudahkan perjalanan anda dari awal sehingga pulang ke tanah air.
Dalam masa yang sama, Solehah Travel turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami melalui program Authorized Agent Solehah Travel. Kami percaya rezeki dalam industri pelancongan lebih indah apabila dikongsi bersama.
Sebagai Authorized Agent, anda bukan sahaja berpeluang menjana pendapatan tambahan, malah turut menikmati pelbagai manfaat seperti sokongan pemasaran, latihan, perkongsian ilmu industri, akses kepada pakej eksklusif serta bimbingan berterusan daripada team kami.
Sama ada anda seorang pelajar, suri rumah, pekerja sepenuh masa atau usahawan, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam dunia pelancongan untuk berkembang bersama Solehah Travel. Dengan komuniti agen yang aktif dan sistem sokongan yang kukuh, kami komited membantu anda melangkah lebih jauh dalam industri ini.
Kami komited untuk terus berinovasi dalam memberikan perkhidmatan pelancongan terbaik yang inklusif, mesra pelanggan dan mampu milik. Dengan sokongan padu daripada pelanggan, agen dan seluruh warga Solehah Travel, kami optimis untuk terus berkembang serta menerajui transformasi industri pelancongan negara.
Ayuh, jadikan setiap kembara anda satu kenangan indah yang abadi. Sokongan anda adalah nadi kekuatan kami untuk terus terbang tinggi dan membuktikan bahawa dunia ini milik semua untuk diterokai.
AGENSI PELANCONGAN BERLESEN
Berdaftar Dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & BUMITRA Malaysia
KPK/LN 9868
Agensi Pelancongan & Pengembaraan yang diluluskan dalam menyediakan khidmat inbound / outbound
BM 910
Ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)
1313873-W
Entiti perniagaan yang sah & ditubuhkan sebagai sebuah syarikat Sdn. Bhd. pada 11hb Februari 2019
SEJAK 2017
Diyakini & dipercayai sejak 2017 dalam menguruskan pakej percutian para pelanggan dalam & luar negara