1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

4 Hari 3 Malam
Harga dari

RM2099 Per Pax

Pengenalan Pengenalan

Pakej Banjarmasin 4 Hari 3 Malam ini membawa anda menerokai keunikan Banjarmasin, sebuah bandar yang terkenal dengan gelaran Kota Seribu Sungai di Kalimantan Selatan, Indonesia. Percutian ini direka khas untuk memberi pengalaman menyeluruh meliputi budaya masyarakat sungai, warisan sejarah Islam, keindahan alam semula jadi serta kehidupan tradisional yang masih terpelihara. Melalui itinerari yang santai dan teratur, para peserta dapat menikmati lawatan ikonik seperti pasar terapung, pelayaran sungai, destinasi bersejarah serta pusat warisan intan yang menjadikan Banjarmasin sebuah destinasi unik dan berbeza untuk diterokai.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Anda ada persoalan berkenaan pakej kami? Sila hubungi kami untuk kami bantu anda.

03-3122 0257

Kongsikan

Info Banjarmasin

Banjarmasin terkenal sebagai Kota Seribu Sungai kerana rangkaian sungainya yang menjadi nadi kehidupan masyarakat tempatan. Antara tarikan utama ialah Sungai Barito, sungai terbesar di Kalimantan yang menawarkan pemandangan indah terutama ketika matahari terbenam, sambil memperlihatkan aktiviti harian penduduk setempat. Identiti bandar ini turut diserikan dengan Maskot Bekantan, simbol kebanggaan yang melambangkan keunikan fauna dan alam semula jadi Kalimantan Selatan.

Budaya tradisional masyarakat Banjar dapat dirasai melalui lawatan ke Pasar Terapung Lok Baintan, di mana urusan jual beli dilakukan di atas perahu, mencerminkan gaya hidup masyarakat sungai sejak turun-temurun. Warisan Islam pula terserlah melalui seni bina dan nilai sejarah di Masjid Sultan Suriansyah serta Masjid Jami, yang menjadi mercu tanda penting perkembangan Islam di rantau ini. Selain itu, Kampung Batik Sasirangan pula menampilkan seni tekstil tradisional yang unik dan kaya dengan motif tempatan.

Keistimewaan Banjarmasin turut dilengkapi dengan warisan intan yang terkenal di kawasan Martapura. Pelawat berpeluang menikmati suasana alam semula jadi yang menyegarkan di Tahura Mandiangin, serta mengenali sejarah dan budaya Banjar di Muzium Lambung Mangkurat. Aktiviti membeli-belah batu permata asli di Pasar Batu Permata CBS Martapura pula menjadi tarikan utama bagi mereka yang ingin membawa pulang cenderamata eksklusif dan bernilai tinggi sebagai kenangan.

Tempat Menarik di Banjarmasin

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Maskot Bekantan

Ikon rasmi bandar Banjarmasin yang melambangkan haiwan endemik Kalimantan. Lokasi popular untuk bergambar kenangan.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Sungai Barito

Sungai terbesar di Kalimantan dan nadi kehidupan masyarakat tempatan. Menawarkan pemandangan sunset yang indah ketika menaiki bot.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Pasar Terapung Lok Baintan

Pasar tradisional unik yang beroperasi di atas sungai. Aktiviti jual beli dilakukan menggunakan perahu oleh penduduk tempatan.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Masjid Sultan Suriansyah

Masjid tertua di Kalimantan Selatan dengan nilai sejarah Islam yang tinggi. Seni binanya mencerminkan budaya masyarakat Banjar.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Taman Siring

Kawasan rekreasi tepi sungai yang kemas dan cantik. Sesuai untuk bersantai dan bergambar.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Tahura Mandiangin

Kawasan hutan rekreasi dengan udara yang segar dan pemandangan hijau. Tempat sesuai untuk menikmati alam semula jadi.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Muzium Lambung Mangkurat

Muzium yang mempamerkan sejarah dan budaya masyarakat Banjar. Mengandungi pelbagai artifak dan bahan warisan tempatan.

PAKEJ BANJARMASIN 4H3M

Pasar Batu Permata CBS Martapura

Pusat jualan batu permata dan intan terkenal di Martapura yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli cenderamata bernilai.

Tarikh Pelepasan Tarikh Pelepasan

Tarikh Musim Harga Dari Penerbangan Status
18 - 21 APRIL 2026 - RM2099 AirAsia Tempahan Dibuka Book
09 - 12 MEI 2026 - RM2099 AirAsia Tempahan Dibuka Book
01 - 04 JUN 2026 - RM2099 AirAsia Tempahan Dibuka Book
08 - 11 JUN 2026 - RM2099 AirAsia Tempahan Dibuka Book
18 - 21 JULAI 2026 - RM2099 AirAsia Tempahan Dibuka Book

Pengenalan Jadual Perjalanan

Hari 01 : KUALA LUMPUR - BANJARMASIN (L/D)

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Syamsudin Noor
  • Proses imigresen & ambil bagasi
  • Makan tengah hari di Warung Bambo
  • Solat jamak di masjid berdekatan
  • Check in hotel & rehat seketika
  • Petang:
  • Bergambar di Maskot Bekantan
  • Naik bot menyusuri Sungai Barito (sungai terbesar di Indonesia) sambil menikmati sunset
  • Makan malam di Restoran Sambal Acan
  • Kembali ke hotel & rehat

Hari 02 : CITY TOUR & PASAR TERAPUNG (B/L/D)

  • Seawal 5.30 pagi:
  • Naik perahu klotok ke Pasar Terapung Lok Baintan (ikon wajib Banjarmasin)
  • 8.30 pagi:
  • Kembali ke hotel, sarapan & bersiap
  • Lawatan diteruskan ke:
  • Masjid Sultan Suriansyah
  • Kampung Batik Sasirangan
  • Masjid Jami
  • Kedai cenderamata tempatan
  • Makan tengah hari – Soto Banjar
  • Rehat di hotel
  • Petang:
  • Bergambar di Taman Siring & Rumah Anno
  • Makan malam di Restoran Padang
  • Balik hotel & rehat

Hari 03 : MARTAPURA & WARISAN INTAN (B/L/D)

  • Bertolak ke Tahura Mandiangin
  • Melihat lombong intan tradisional
  • Lawatan ke Muzium Lambung Mangkurat
  • Melihat proses penggosokan intan
  • Makan tengah hari di Martapura
  • Beli-belah di Pasar Batu Permata CBS Martapura
  • Kembali ke Banjarmasin
  • Makan malam di Lontong Orari (menu khas Banjar)
  • Kembali ke hotel – program bebas

Hari 04 : BANJARMASIN - KUALA LUMPUR (B)

  • Sarapan pagi
  • Check out hotel
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Syamsudin Noor
  • Proses daftar masuk & penerbangan pulang

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi & balik (AirAsia)
  • Bagasi kabin 7kg (pergi & balik)
  • Bagasi daftar masuk 20kg (balik sahaja)
  • Penginapan hotel 3 malam
  • Pengangkutan & lawatan sepanjang program
  • 3x Sarapan pagi
  • Makan tengah hari & makan malam seperti dinyatakan
  • Tiket masuk semua tempat lawatan dalam itinerary
  • Tour guide tempatan berpengalaman

Pakej Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi (telefon, dobi dan lain-lain)
  • Bagasi tambahan
  • Minibar / makanan tambahan luar jadual
  • Tipping tour guide & pemandu

Hubungi KAMI SEDIA MEMBANTU

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

    Tempahan & Bayaran

    • Kadar di atas yang disebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal
    • Kadar di atas bergantung pada perubahan harga tiket semasa
    • Tempahan akan dibuat selepas pengesahan dan menerima deposit dari pihak anda.
    • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan.
    • Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan pihak pengendali penerbangan
    • Solehah Travel Sdn Bhd dan ejennya berhak untuk menukar atau mengubah program dan menyemak tambang tanpa notis awal kerana keadaan yang tidak diduga.
    • Bayaran balik tidak akan dilayan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
    • Untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.
    • Orang yang tidak boleh melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, Tambang Lawatan tidak akan dikembalikan.
    • Solehah Travel Sdn Bhd hanya bertindak sebagai ejen anda untuk memberikan anda kepada pembekal perkhidmatan seperti Syarikat Penerbangan, Hotel, Feri, Jurulatih dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan tidak akan menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk peninggalan tindakan, keingkaran pada masa lalu yang disediakan oleh perkhidmatan ini dan perubahan peraturan kerajaan.
    • Pakej-pakej ini adalah di bawah “Siri Berlepas Kumpulan” jika kumpulan di bawah minimum kami, kami akan memaklumkan pelanggan kami sebagai SOP Syarikat kami 2 Bulan sebelum Berlepas. Pelanggan mungkin memilih pilihan seperti di bawah:
      • Perjalanan ditangguhkan
      • Bayar Balik Jumlah Penuh Dibayar
      • Tukar atau ditunda ke destinasi lain
    • Pengembalian wang tuntutan adalah tertakluk pada Akta Pelancongan 1992 (Rujuk pautan Terma & Syarat)
    • Peringatan Baik: Pengiring Lawatan dari Solehah Travel Sdn Bhd akan dihantar jika kumpulan itu melebihi 15 orang untuk setiap pakej yang dijalankan.
    From

    RM2099 Per Pax